Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Isu Kesilapan Ejaan 'Allah'
Gambar: BERNAMA

Isu Kesilapan Ejaan ‘Allah’: JAKIM Sedia Kerjasama Semakan Kaligrafi Masjid, Surau Di Melaka

Hannah

Isu Kesilapan Ejaan ‘Allah’: JAKIM Sedia Kerjasama Semakan Kaligrafi Masjid, Surau Di Melaka

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam Melaka bagi membantu semakan dan verifikasi kaligrafi di masjid dan surau di negeri itu susulan dakwaan kesilapan ejaan dalam khat kufi kalimah ‘Allah’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bagi memastikan setiap kaligrafi mengandungi kalimah suci yang dipamerkan di masjid dan surau adalah tepat serta menepati ajaran al-Quran dan hadis.

“Saya difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman telah mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menyemak semula kaligrafi sedia ada.

“Dalam konteks saya dan pihak JAKIM, kita bersedia bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Layar Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negara agar menyemak dengan teliti setiap penggunaan kaligrafi yang ingin dijadikan hiasan supaya selaras dengan kehendak syarak.

Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan masyarakat yang menegur isu berkenaan namun berharap teguran dibuat secara berhemah dan membina.

“Tidak perlulah kita menggunakan perkataan yang menghina atau merendahkan orang lain…saya ucap terima kasih atas keprihatinan masyarakat untuk menegur dan membetulkan. Kalau khat atau kaligrafi itu silap, kita akan betulkan,” katanya.

Semalam, Rahmad dilaporkan berkata kerajaan negeri Melaka sedang menyiasat dakwaan kesilapan dalam pemasangan khat kufi kalimah ‘Allah’ dengan ejaan yang kurang tepat dan kini dalam proses mengenal pasti masjid atau surau terlibat.

Terdahulu, seorang pempengaruh media sosial mendakwa terdapat kesilapan pada tulisan khat kufi di sebuah masjid di Melaka yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sementara itu mengenai Layar Dakwah YADIM, Mohd Na’im berkata program itu merupakan usaha penting hasil kerjasama antara Yayasan YADIM dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia bagi melatih golongan seni menghasilkan kandungan karya seni berlandaskan panduan Islam.

Beliau berkata bagi fasa pertama iaitu dalam tempoh tiga bulan ini, program itu melibatkan 40 peserta yang akan dibimbing pakar industri termasuk tokoh seni terkenal seperti Datuk Yusof Haslam dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar, dengan pengisian menggabungkan kepakaran kreatif dan ilmu agama.

“Ini bukan sahaja untuk memastikan kandungan drama itu mematuhi garis panduan sedia ada, tetapi juga menyampaikan mesej dakwah secara berkesan dan bersifat universal. Usaha ini akan memperkukuh kerjasama antara golongan seni dan agamawan ke arah membentuk masyarakat MADANI yang beradab serta berakhlak mulia,” katanya.

BACA: Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus – MB Selangor

Sumber: BERNAMA