Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Taman Kucing Klang: MBDK Nafi, Abai Aniaya Kucing

Iqbal Yasir
MBDK Taman kucing
Gambar: Fb MBDK

Isu Taman Kucing Klang: MBDK Nafi, Abai Aniaya Kucing

KLANG — Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam kenyataan menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang susulan isu tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Datuk Bandar Klang, Noraini Roslan, beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan taman itu selepas mengadakan tinjauan bersama pihak Sime Darby.

“Saya menghargai keprihatinan orang awam dalam isu ini namun beberapa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali terutama kucing-kucing yang didakwa lapar dan terbiar.

“Malahan dakwaan kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati sejak pengoperasian (diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali) selepas saya sendiri mengadakan tinjauan bersama Sime Darby pagi semalam,” katanya.

Noraini turut berkata beberapa penambahbaikan turut akan dilakukan segera oleh MBDK yang akan Sime Darby dalam masa terdekat.

Jelasnya, tujuan itu dibuat untuk memberi keselesaan kucing-kucing yang ada khususnya keadaan panas di waktu petang.

Kata Noraini lagi, pihaknya akan memasang jaring pemedih bagi mengelakkan keadaan panas kawasan itu.

“Sementara itu, Sime Darby akan membina anjung bagi keselesaan kucing-kucing serta penjagaan pemakanan juga turut diberi perhatian,” ujarnya.

Usaha ini mengambil kira memandangkan kucing bersifat territorial di mana ia memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan pelbagai perkara tanpa sebarang sekatan.

“Oleh itu kucing-kucing akan dilepaskan dari kandang untuk bergerak di sekitar kawasan taman pada waktu pagi..

“Kita merancang untuk mengadakan kerjasama dengan sukarelawan yang berminat dalam penjagaan kucing memandangkan sokongan masyarakat terhadap Taman Kucing ini begitu positif dan membanggakan,” ujarnya lagi.

Sumber: Fb MBDK

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia