Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Itu Rakaman Lama,” Fuziah Percaya Video Lama Yang Disiarkan Kembali Bermotifkan Politik

video lama fuziah
Kredit BERNAMA

“Itu Rakaman Lama,” Fuziah Percaya Video Lama Yang Disiarkan Kembali Bermotifkan Politik

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pada hari ini menegaskan bahawa video tular di beberapa media sosial telah digunakan di luar konteks, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, video tersebut adalah rakaman lama dan ia dibuat pada Julai lalu ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.

“Itu rakaman lama sewaktu kita berhadapan dengan isu RM200 tidak boleh membeli apa-apa barangan.

“Jadi video itu kembali disiarkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mahu melakukan Jualan Rahmah Beras.

“Saya percaya ada dalang di sebaliknya dan mungkin bermotifkan politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Berdasarkan rakaman video tular itu, Fuziah dilihat sedang membuat pembelian barangan keperluan asas di sebuah pasar raya dengan kos di bawah RM200.

Antara barangan keperluan harian yang diambil ialah biskut, serbuk minuman, mi segera, sardin dalam tin, tepung, minyak, susu, beras 10 kilogram, bawang dan ayam.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menurut Fuziah di dalam video tersebut, kesemua barangan itu hanya bernilai RM136.30.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata bahawa konteks pada video ketika itu telah disalahertikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Video tular itu telah membuatkan ramai menyangka bahawa ia merujuk kepada situasi terkini di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Fuziah berharap agar orang ramai dapat memahahami berkenaan tujuan asal video tersebut.

Beliau juga berharap agar orang ramai tidak keliru dengan video tular itu yang merujuk kepada sebuah situasi berlainan.

Sumber: Sinar Harian