Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jabatan Penjara Zahir Penghargaan Buat Ustaz Ebit Lew Atas Bantuan Yang Diberi

Nur Adnin
Kredit gambar: Ust Ebit Lew

KAJANG, 9 Okt – Jabatan Penjara (JPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Lew atas bantuan dan sumbangan kepada pihak penjara baru-baru ini.

JPM menerusi satu kenyataan berkata, kerjasama tersebut sentiasa dialu-alukan bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 yang melanda institusi penjara.

“JPM sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu (institusi) penjara yang terkesan dengan permasalahan ini.

“Di samping itu, JPM memberi jaminan bahawa pihak pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatan yang berada di bawahnya,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Jelasnya, ia merupakan amalan dan kerjasama biasa dijalin antara pihak jabatan bersama NGO atau individu persendirian yang tampil membantu bagi tujuan tersebut.

“Oleh yang demikian, pihak JPM berharap agar isu ini tidak dipolitikkan lagi bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia