Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jadi Amalan Yang Dituntut, Ini 2 Cara Sebenar Mengira Zakat Pendapatan Orang Islam Perlu Ambil Tahu

Kredit: Bernama/Google

Menjelang hujung tahun, pasti ramai yang mula bergegas membayar zakat pendapatan.

Bagi memudahkan anda mengira berapa nilai yang anda perlu keluarkan, Pusat Pungutan Zakat baru-baru ini berkongsikan dua cara pengiraan zakat pendapatan.

Berikut merupakan contoh pengiraan jika pendapatan keseluruhan setahun anda adalah RM48,000.

Cara 1

Pendapatan kasar setahun x 2.5%

Jika pilih cara 1, zakat ialah sebanyak RM1200 setahun, sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan)

Cara 2

Pendapatan yang layak dizakat x 2.5%

Jika pilih cara 2, zakat ialah sebanyak RM358 setahun. Sebulan hanya RM29.90. Cara 2 adalah yang popular kerana boleh tolak belanja yang dibenarkan dahulu.

Nisab tahun 2019 = RM13,968

Bandingan (infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah : 261)

Untuk memudahkan pengiraan dan pembayaran, anda boleh lawati laman ini.

Baca syarat wajib zakat di sini.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat