Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bercakap pasal tudung, sekarang ni ada macam-macam fesyen tudung yang kita nampak ‘menguasai’ dunia hijab. Dari jenis material sampailah cara penggayaan, memang takkan habis kalau nak ulas, punyalah banyak.
Tapi ada satu fesyen tudung ni yang masih relevan atau bak kata orang, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sampai sekarang dah tahun 2021 pun orang masih pakai tudung ni. Apa lagi kalau bukan tudung bawal.
Tudung bawal memang dah tak asing lagi untuk para hijabista, khususnya di Malaysia.
Fesyen tudung bawal ni sejak dari zaman mak-mak kita lagi dah wujud. Tapi apa yang membuatkan tudung bawal ni masih diminati sampai sekarang?
Pakai apa-apa pakaian pun mesti benda first sekali kita cari adalah keselesaan. Sama juga kalau pakai tudung, sudah pasti para hijabista di luar sana nak tudung yang selesa, tambah-tambah pulak nak pakai seharian kan.

Yang bestnya kalau pakai tudung bawal ni, nak buat apa-apa aktiviti baik bekerja, bersukan atau makan sekalipun, langsung tak rasa terganggu. Masa makan tu nak bukak mulut luas mana pun no hal lah!

Tudung bawal sangat mudah digayakan sebab pemakai boleh ikut citarasa masing-masing. Nak belit-belit ke, nak selempang je ke, semua boleh. Malah tudung bawal ni jugak boleh digayakan macam selendang atau shawl. Bukan itu je, tudung bawal sesuai dikenakan dengan pelbagai busana. Nak pakai sehari-hari atau untuk majlis pun tak ada masalah, tinggal tukar style je.
Di samping mudah digayakan, tudung bawal ni ada banyak pilihan yang boleh kita dapati di pasaran. Ikut selera masing-masing, suka yang kosong ke, sulam, atau yang ada batu-batu, semua senang nak dapat.
Pastu sekarang timbul pulak fesyen bawal printed bermacam-macam motif. Senang cerita, semua orang boleh pakailah tudung bawal ni. Banyak sangat pilihan tersedia, tambah pulak zaman online shopping ni kan.

Sesuai dengan imej wanita Melayu, tudung bawal membuatkan pemakainya nampak manis dan sopan je. Gaya yang dikenakan pada tudung bawal ni pun tak keterlaluan. Sesuai sangat lah kalau nak jumpa mak mertua, mesti tak kena reject punya.
Setiap wanita mesti la nak sentiasa nampak anggun dan elegan. Bila kita yakin dengan apa yang kita pakai, maka terserlah keanggunan kita sebagai wanita. Mengenakan tudung bawal boleh timbulkan keyakinan tu.
Tak dinafikan, bila pakai tudung mesti kita risau dengan bentuknya. Tapi tudung bawal ni pulak sesuai dengan pelbagai bentuk muka, adjust je ikut keselesaan, dah nampak anggun seharian.
Macam hijabsister kita dalam gambar ni, anggun je kan. Less is more lah kata orang.

Boleh jamin para hijabista kat Malaysia ni mesti pernah dengar Tudung Fareha kan? Ha kalau korang nak tahu, lima ciri tudung bawal kat atas tu semua ada kat Tudung Fareha.

Kenapa Tudung Fareha meletup sangat?
Dah la pilihan pun banyak, cantik-cantik pulak tu. Koleksi bawal printed dari Tudung Fareha ni serius buat rambang mata. Rasa nak borong je semua!
Tapi itulah, Tudung Fareha ni pantang keluar koleksi bawal baru, sepantas Usain Bolt dah lesap. Banyak betul peminat Tudung Fareha ni.


Terpulang la kat korang nak kongsi dengan kakak, adik, emak atau kawan-kawan. Yang penting kena cepat, nanti gigit jari!