Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jakarta Bakal Lancar Wayang ‘Drive-In’, Tonton Dari Dalam Kereta

Penularan wabak Covid-19 semakin berleluasa di seluruh dunia termasuk Jakarta sehingga menyebabkan seluruh pawagam di Indonesia terpaksa ditutup.

Baru-baru ini sebuah projek Drive-In Cinema muncul dengan pengalaman menonton dari dalam kereta masing-masing.

Drive-In Cinema yang diasaskan oleh Ergo and Co. mendapat inspirasi dari acara yang diadakan di Korea dan Jerman.

“Sebenarnya, ideanya adalah untuk mencari peluang perniagaan dalam keadaan pandemik koronavirus ini,” kata Adam Hadziq, wakil Ergo and Co.

Drive-In Cinema Indonesia kini masih dalam proses menyiapkan semua konsep dan rancangan untuk membawa kembali wayang pada norma yang baharu.

Sumber: Kompas.com