Jakel secara rasmi melancarkan kempen “Beli Kain Dapat Emas 2026”, sebuah kempen istimewa sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Jakel di seluruh Malaysia.
Kempen yang berlangsung selama 47 hari, bermula 25 September hingga 10 November 2026, menawarkan sebanyak 2,000 keping emas 1 gram (999.9) setiap satu, bersamaan keseluruhan 2 kilogram emas (999.9), untuk dimenangi oleh pelanggan Jakel di seluruh Malaysia.
Konsep kempen ini cukup mudah — beli kain, scan dan berpeluang terus dapat emas. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian kain bermeter bernilai minimum RM200 dalam satu resit di Jakel.
Selepas pembelian, pelanggan akan menerima resit yang mempunyai kod QR di bahagian hujung resit. Pelanggan kemudian hanya perlu mengimbas kod QR tersebut dan keputusan akan diketahui serta-merta (on the spot) sama ada mereka berjaya memenangi emas.
Antara kain bermeter yang layak termasuk Cotton, Songket, Washable, Linen, Brocade serta lain-lain jenis kain yang dijual secara bermeter di Jakel. Pembelian produk lain boleh digabungkan dalam resit yang sama, namun nilai pembelian kain bermeter mestilah sekurang-kurangnya RM200.
PELANCARAN MERIAH BERSAMA DUTA JAKEL
Majlis pelancaran pada 25 September turut dimeriahkan dengan kehadiran duta-duta Jakel, pihak media serta pelanggan yang hadir bagi bersama-sama meraikan hari pertama kempen. Jakel turut menyediakan aktiviti dan permainan khas bersama pelanggan pada sebelah pagi. Lebih menarik, sebanyak 4 keping emas 1 gram (999.9) turut disediakan secara percuma kepada pelanggan yang menyertai permainan khas sempena acara pelancaran tersebut.
TERBUKA KEPADA PELANGGAN DI SELURUH MALAYSIA
Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan, dan boleh disertai menerusi cawangan Jakel di seluruh Malaysia.
KOMITMEN JAKEL
Dengan menyediakan keseluruhan 2,000 keping emas 1 gram (999.9), bersamaan 2 kilogram emas (999.9), Jakel mahu menjadikan kempen ini bukan sekadar sebuah promosi jualan, tetapi satu bentuk penghargaan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Jakel.
Sepanjang 47 hari kempen berlangsung, pelanggan di seluruh Malaysia mempunyai peluang untuk membeli kain pilihan mereka sambil mencuba nasib untuk membawa pulang emas.
“Beli kain yang memang kita perlukan, scan QR dan terus tahu keputusan. Dengan 2,000 keping emas 1 gram (999.9) disediakan sepanjang kempen, kami mahu lebih ramai pelanggan di seluruh Malaysia merasai sendiri keterujaan Beli Kain Dapat Emas.”

