Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jalan Mendap Hingga Terbentuk Lubang, Trafik Dari Ampang Park Ke Bulatan Kampung Pandan Dilapor Sesak

Gambar: ITIS DBKL

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Trafik dari Ampang Park ke Bulatan Kampung Pandan dilaporkan sesak berikutan berlaku mendapan jalan di hadapan Zouk, Jalan Tun Razak.

Pusat Pengurusan Pengangkutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) memaklumkan, mendapan jalan yang berlaku sekitar 11.45 pagi tadi dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengorekan TBM777.

Gambar: ITIS DBKL
Gambar: ITIS DBKL

“(Sehubungan itu) trafik dari arah KLCC menghala ke Seremban dilencongkan ke Bulatan Kampung Pandan oleh Peronda MRT untuk kerja-kerja selenggara jalan di lokasi,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, papan tanda arah sementara telah diletakkan serta-merta.

“Baik pulih di lokasi akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa jam.

“Sila rancang perjalanan anda,” tambah kenyataan itu lagi.

Gambar: ITIS DBKL
Gambar: ITIS DBKL

Sumber: ITIS DBKL / Gamuda / Astro Trafik Radio