Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jalan Rosak Teruk, Penduduk Terpaksa Bawa Jenazah Naik Motor

jalan rosak teruk
Kredit: Video Tular via Detik.com

Jalan Rosak Teruk, Penduduk Terpaksa Bawa Jenazah Naik Motor

Indonesia — Keadaan jalan yang teruk memaksa penduduk di Gorontalo membawa satu jenazah ke tempat pengebumian dengan menaiki motosikal.

Jenazah penunggang teksi motosikal atau ojek yang dikenali sebagai Munandar Samania, 23, itu telah meninggal dunia di Hospital Besar Wilayah Toto Kabila pada Jumaat.

Menerusi video tular, dapat dilihat jenazah ditutup dengan selimut dan diikat pada penunggang motosikal bagi mengelakkannya terjatuh.

Sementara itu, orang ramai yang lain turut dilihat mengiringi jenazah dan membantu menolak motosikal ketika di kawasan yang betul-betul mencabar.

Memetik laporan Detik.com, Munandar telah menerima rawatan di hospital selama lima hari sebelum disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun, jenazahnya tidak dapat dihantar dengan menggunakan ambulans kerana keadaan jalan yang tidak berturap.

“Dia dimasukkan ke hospital selama lima hari, kemudian dia meninggal dunia, jadi kami mengangkutnya dengan motosikal untuk pulang ke kampung halamannya di Tilonggibila kerana ambulans tidak dapat masuk ke kawasan ini,” kata ketua kampung, Max Lagibu.

BACA JUGA: Tak Mampu Nak Sewa Van Jenazah, Ibu Ayah Nak Bawa Jenazah Bayi Naik Bas Ekspress

Ujarnya lagi, satu-satunya jalan masuk ke kampung terbabit adalah dengan menaiki motosikal. Jenazah itu telah dibawa sejauh 49 kilometer dari pekan Daerah Pinogu ke tempat pengebumian di Kampung Tilonggibila.

“Ya, jalan itu masih dalam keadaan rosak dan pengangkutan hanya menggunakan motosikal. Jaraknya kira-kira 49 hingga 50 kilometer ke lokasi dan kami menyeberangi empat sungai kecil.

“Di sini di Daerah Pinogu, apabila sesuatu terjadi seperti orang sakit dan meninggal dunia, semangat kemasyarakatan kami tetap kuat. Bahkan, sehingga 20 buah teksi motosikal mengiringi jenazah untuk ke tempat pengebumian.

“Masyarakat Pinogu akan merasa terpanggil untuk bertindak dalam situasi seperti ini,” katanya lagi.

Menurut ketua kampung itu lagi, kejadian sama telah berlaku sebanyak tiga kali.

Penghalang utama adalah jalan yang tidak berturap dan sering berlumpur ketika musim hujan.

Kejadian itu mendapat perhatian warganet dan ramai berharap agar jalan di sana diturap dengan sebaiknya.

Sumber: Detik.com