Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bila dah jadi Raja Sehari, mestilah korang inginkan gambar yang cantik-cantik untuk dijadikan memori yang paling terindah bila melihat semula koleksi gambar perkahwinan sebagai tatapan di hari tua.
Biasanya untuk majlis perkahwinan, kita sering meliahat gambar-gambar ‘cliche’ romatis menjadi utama dalam gambar. Tetapi untuk dapatkan gambar yang cantik tanpa ‘cacat’ korang kena ikut tips abang photographer ini.
Jurufoto perkahwinan, Hafiz Aquafiz memberi tips di laman Twitternya yang boleh digunapakai semasa resepsi untuk santapan diraja dan suapan kek supaya nampak momen intim yang dirakam secara bersahaja.

Perkara yang jangan dilakukan.

Kerana pengantin akan lapar. Kebiasaannya ada keluarga terdekat bersama pengantin di meja beradap, jadi jangan ambil masa mereka terlalu lama.

Perkara yang ‘boleh’ untuk para jurufoto adalah;

Pengantin diharuskan untuk menghadap pasangan dan ada eye contact sesama pasangan.
Bagi situasi memotong kek, tambahkan seri dengan foto candid sesi mencomotkan pengantin lelaki bisik lah sikit “akak calit sikit hidung abang tuuuuuuu”.

Angle curi. Praktiskan candid shot dengan angle curi tanpa sedar. Terutamanya ketika sesi santapan diraja.
Misalnya ketika sesi suapan, tangan pasangan yang menerima suapan tidak memegang sudu atau apa-apa sambil memandang mata pasangan.

Sumber: Lensacinta, Hafizaquafiz