Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Beli Laptop Selagi Tak 'Check' 4 Benda Ini

beli laptop
Kredit: Cubesetups

Laptop boleh dikatakan sebagai salah satu keperluan penting bagi ramai orang pada masa kini.

Bukan sahaja digunakan oleh pelajar untuk menyiapkan tugasan, malah golongan pekerja, pereka grafik, editor video sehingga kaki gaming turut bergantung pada peranti ini untuk melakukan pelbagai urusan.

Namun, bila tiba masa nak beli laptop baharu, pilihan yang terlalu banyak kadang-kadang boleh buat kita pening.

Ada yang terus tertarik bila nampak pelbagai spesifikasi yang ditawarkan, tetapi sebenarnya perkara ini tidak semestinya bermaksud laptop itu paling sesuai untuk kegunaan kita.

Jadi sebelum keluarkan duit, ada empat perkara penting yang patut anda semak terlebih dahulu supaya tidak tersalah pilih.

1. Jangan Tengok Pada Cip Pemprosesan (Processor)

Antara kesilapan biasa adalah memilih laptop hanya berdasarkan label pemproses seperti Intel Core i5, i7 atau i9.

Kredit: Cubesetups

Sebenarnya, anda juga perlu melihat generasi pemproses tersebut.

Sebagai contoh, Core i7 daripada generasi lama tidak semestinya lebih baik untuk semua kegunaan berbanding Core i5 daripada generasi lebih baharu.

Selain itu, perhatikan juga huruf yang terdapat pada hujung nama pemproses.

Pemproses siri U dan P biasanya lebih menjurus kepada penggunaan harian dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah, sekali gus boleh membantu memberikan hayat bateri lebih baik.

Kredit: Cubesetups

Jika kegunaan anda pula melibatkan permainan video, penyuntingan video atau kerja berat, pemproses siri H atau HX lazimnya menawarkan prestasi lebih tinggi.

Kredit: Cubesetups

Pendek kata, jangan berhenti membaca spesifikasi selepas nampak perkataan ‘i7’

2. Tengok Generasi SSD

Ramai sudah tahu bahawa SSD biasanya memberikan prestasi lebih pantas berbanding storan jenis HDD.

Tetapi jangan sekadar lihat sama ada laptop itu mempunyai SSD atau tidak.

Periksa juga jenis dan generasi SSD yang digunakan.

Sebagai contoh, SSD PCIe boleh hadir dalam beberapa generasi seperti Gen 3, Gen 4 dan Gen 5.

Kredit: Cubesetups

Secara umum, generasi lebih baharu menawarkan lebar jalur yang lebih tinggi, walaupun prestasi sebenar masih bergantung kepada SSD dan laptop yang digunakan.

Bagi penggunaan harian, SSD Gen 3 atau Gen 4 mungkin sudah mencukupi, tetapi pengguna yang sering memindahkan fail besar atau melakukan kerja berat mungkin mendapat manfaat daripada storan yang lebih pantas

3. RAM Besar Saja Tak Cukup

“Nak laptop laju, ambil RAM besar.”

Ayat ini memang ada betulnya, tetapi kapasiti RAM bukan satu-satunya perkara yang perlu dilihat.

Kelajuan RAM juga memainkan peranan.

Anda mungkin pernah melihat angka seperti 3200MHz, 4800MHz atau 5200MHz pada spesifikasi laptop.

Secara ringkas, angka itu merujuk kepada kadar pemindahan data memori, walaupun prestasi keseluruhan masih bergantung kepada jenis RAM, pemproses dan konfigurasi laptop tersebut.

Kredit: Cubesetups

Jadi ketika membandingkan dua laptop dengan kapasiti RAM yang sama, semak juga jenis serta kelajuan memori yang ditawarkan. Minimum 3200MHz (Standard) jangan ambil bawah daripada itu).

Beli Laptop Gaming Jangan Tengok GPU Sahaja

Antara perkara paling penting khususnya jika anda sedang mencari laptop gaming.

Laptop dengan kad grafik khusus atau dedicated GPU memang penting untuk permainan video, kerja grafik 3D dan penyuntingan yang berat.

Tetapi jangan terus membuat keputusan hanya kerana nampak nama GPU yang sama.

Periksa juga TGP atau Total Graphics Power.

Kredit: Cubesetups

TGP secara asasnya merujuk kepada jumlah kuasa yang diperuntukkan kepada kad grafik.

Dua laptop boleh menggunakan model GPU yang sama, tetapi prestasinya berpotensi berbeza sekiranya konfigurasi kuasa atau TGP tidak sama.

Secara umumnya, TGP lebih tinggi boleh membolehkan GPU beroperasi pada tahap prestasi lebih tinggi, namun ia juga boleh menghasilkan lebih banyak haba serta menggunakan lebih banyak tenaga.

Sebab itu sistem penyejukan laptop turut memainkan peranan.

Semoga bermanfaat.

Intipati
  • Pembeli laptop perlu menyemak generasi pemproses, bukan hanya label Core i5 atau i7.
  • Jenis dan generasi SSD mempengaruhi kelajuan, terutama bagi kerja berat atau pemindahan fail besar.
  • Kapasiti RAM, kelajuan memori dan TGP GPU turut menentukan prestasi sebenar sesebuah laptop.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan