Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Main Pilih, Ini Cara Pastikan Horse Power “Aircond” Sesuai Dengan Saiz Bilik
Penggunaa penyaman udara atau aircond sudah menjadi satu keperluan dalam kediaman pada masa kini susulan ia memberi keselesaan kepada kita dengan udara yang dingin dan nyaman.
Mempunyai pelbagai saiz dan reka bentuk, penyaman udara bukan sahaja diciptakan untuk kediaman namun ia juga menyasarkan bangunan besar yang memerlukan udara nyaman.
Pemilihan aircond amat penting kerana ia sering dikaitkan dengan bil elektrik yang “melambung” sekiranya tidak memilih Horse Power (HP) yang betul?
Pemilihan HP aircond juga memainkan peranan penting terhadap saiz ruang bilik ekoran ia menentukan kesejukan suhu bilik tersebut.
Jika HP terlalu rendah, penyaman udara akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyejukkan ruang bilik dan secara tidak langsung, bil elektrik rumah anda juga akan melambung tinggi.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tips pemilihan aircond yang tepat mengikut saiz ruang bilik di rumah daripada TNB Careline di bawah.
HP penyaman udara yang sesuai ikut saiz bilik

Bagi saiz bilik yang berukuran 12×12 kaki, kapasiti unit penyaman udara (HP) yang sesuai adalah di bawah 1HP.
Manakala saiz bilik 14×14 memerlukan kapasiti unit penyaman udara antara 1HP hingga 1.5HP.
Bilik yang berkeluasan 14×16 adalah sesuai dengan aircond yang menggunakan 1.5HP. Sementara bilik berukuran 15×16 memerlukan HP yang lebih berkuasa, iaitu antara 1.5HP hingga 2.0HP.
Bagi ruang yang berkeluasan 18×18, 2.0HP hingga 2.5HP adalah kapasiti unit yang sesuai digunakan.
Selain itu, bagi ruang bilik yang berukuran 21×21, kapasiti unit yang sesuai digunakan adalah 2.5HP hingga 3.0HP.

Panduan Bacaan HP Aircond
BTU atau HP 9000-10000 bersamaan 1.0HP12000-15000 bersamaan 1.5HP16000-20000 bersamaan 2.0HP22000-27000 bersamaan 2.5HP
Nak lagi jimat, semak terlebih dahulu penyaman udara tersebut mempunyai label cekap tenaga 4 atau 5 bintang atau tidak.
Barulah ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan bil pun tak mencanak ke bulan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: TNB CareLine