Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Sampai Ke Tahap Botak, Ini Cara Rawat Rambut Gugur Guna Bahan Semulajadi Yang Ada Kat Rumah

Gambar Hiasan Via Google

Rambut menjadi pelengkap kepada gaya seseorang, terutama wanita. Ia diibaratkan sebagai mahkota yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Namun, bukan mudah untuk terus mengekalkan rambut yang sihat dan cantik bersinar terutama bagi wanita yang bertudung.

Penjagaan dan rawatan yang konsisten perlu dilakukan untuk mengelak daripada pelbagai masalah yang bukan sahaja akan memberi kesan kepada penampilan tetapi juga boleh menghilangkan keyakinan diri.

Selain kelemumur, salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita adalah rambut gugur. Hampir setiap hari akan ada helaian rambut yang gugur sama ada ketika waktu mandi atau menyikat rambut. Tentu ramai juga yang menyangka bahawa kerap mencuci rambut merupakan punca ia gugur. Bagaimanapun, ia hanyalah mitos semata-mata.

Bagi yang belum tahu, meh SK kongsikan apakah sebenarnya yang menyebabkan masalah rambut gugur ini dan cara untuk merawatnya dengan menggunakan bahan semula jadi.

1. Masalah tiroid

Macam mana rambut gugur boleh dikaitkan dengan tiroid? Untuk pengetahuan korang, sekiranya kelenjar tiroid yang berada di bahagian depan leher menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan atau dalam jumlah yang tidak mencukupi, maka kitaran pertumbuhan rambut juga boleh berubah.

Bersama-sama dengan rambut gugur ini, gejala-gejala lain seperti kenaikan dan penurunan berat badan, kepekaan terhadap sejuk atau panas, dan perubahan degupan jantung akan berlaku jika seseorang mempunyai masalah tiroid.

2. Tekanan

Tekanan yang melampau bukan saja boleh memberi kesan kepada mental seseorang tetapi juga boleh menyebabkan keguguran rambut secara tiba-tiba. Ia mungkin akan berlaku dalam tempoh selama beberapa bulan.

Selain menyelesaikan masalah yang membelenggu fikiran, korang juga boleh mengatasi tekanan dengan melakukan senaman, yoga dan urutan, agar rambut gugur juga berkurangan.

3. Hormon yang tidak seimbang

Selepas usia 30 tahun, wanita berkemungkinan akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Kebiasaannya, ia berlaku disebabkan oleh pertukaran hormon dihydrotestosteron (DHT) yang berlebihan. Walaupun estrogen adalah hormon utama yang dihasilkan oleh wanita, testosteron dan androgen lain seperti DHEA juga berlaku di dalam badan wanita dan ketika mencapai usia tertentu, androgen mungkin akan mula bertukar menjadi DHT.

4. Produk penggayaan rambut

Rambut yang dirawat secara berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur kerana bahan kimia toksik yang terdapat pada pewarna atau produk penggayaan rambut. Tidak cuma itu, kebanyakan syampu mengandungi Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang mempunyai kesan toksik pada sistem imun dan telah terbukti boleh merosakkan folikel rambut dan menghalang pertumbuhan rambut. Disebabkan itu, korang perlu menggunakan syampu atau pewarna rambut yang semula jadi.

Seperti yang dinyatakan di atas, rambut perlulah sentiasa dijaga dengan sebaiknya dan cara terbaik untuk merawatnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Berikut adalah empat jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat rambut gugur dan cara untuk menggunakannya. Ia merupakan bahan-bahan yang sangat mudah didapati dan mungkin sudah tersedia di rumah korang.

1. Telur

Mungkin ada yang belum tahu, telur bukan saja boleh dijadikan mask untuk wajah, tetapi untuk rambut juga. Ia kaya dengan sulfur, fosforus, selenium, iodine, zink dan protein, yang membantu pertumbuhan rambut.

Penyediaan dan cara penggunaannya:

  1. Asingkan satu putih telur dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu teh minyak zaitun dan madu.

  2. Pukul putih telur itu dan sapukan ia dari akar hingga ke hujung rambut.

  3. Selepas 20 minit, bilas dengan syampu.

Selain boleh menggalakkan pertumbuhan rambut, putih telur juga menyebabkan rambut menjadi lebih sihat dan berkilau.

2. Santan

Protein dan lemak penting yang ada di dalam santan akan mendorong pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut yang melampau.

Penyediaan dan cara penggunaannya:

  1. Parut kelapa bersaiz sederhana atau gunakan santan kotak dan renehkan dalam kuali selama lima minit.

  2. Selepas siap direneh, tuang ke dalam bekas dan sejukkan.

  3. Kemudian masukkan satu sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk dan biji halba ke dalam santan itu.

  4. Sapukan pada kulit kepala dan rambut.

  5. Selepas 20 minit, bilas dengan syampu

3. Teh hijau

Teh hijau boleh membantu mencegah keguguran rambut kerana ia kaya dengan antioksidan.

Penyediaan dan cara penggunaannya:

  1. Rendam tiga uncang teh dalam satu hingga dua cawan air panas, bergantung pada panjang rambut.

  2. Apabila sejuk, tuangkan ia ke kulit kepala dan rambut, sambil mengurut kepala dengan lembut.

  3. Bilas rambut dengan air sejuk selepas satu jam.

4. Bawang

Sifat antibakteria yang ada pada bawang membantu melawan jangkitan kulit kepala dan ia juga mengandungi sulfur yang meningkatkan peredaran darah ke folikel rambut. Ia boleh mendorong pertumbuhan rambut dan mengawal keguguran rambut.

Penyediaan dan cara penggunaannya:

  1. Kisar bawang dan kemudian perah airnya.

  2. Celupkan gumpalan kapas ke dalam air bawang itu dan sapukan ke kulit kepala.

  3. Biarkan selama 20 hingga 30 minit dan kemudian basuh menggunakan air biasa dan syampu.

  4. Lakukannya seminggu sekali dan lihat perbezaannya.

Jika korang malas untuk menyediakan bahan-bahan di atas, korang juga boleh menggunakan produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan semula jadi seperti produk dari Sailajah Hair Care.

Bagi yang belum tahu, jenama Sailajah telah berkembang sejak tahun 2014 dan pelbagai jenis produk telah dihasilkan iaitu dari penjagaan rambut, hingga ke penjagaan kulit dan badan.

Sentiasa berinovatif dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, Sailajah telah mengeluarkan produk penjagaan rambut yang mengandungi khasiat daripada bahan semula jadi, membuatkan rambut lebih berkilau dan sihat dalam jangka masa panjang.

Dari syampu, serum dan tonik, ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah rambut termasuk rambut gugur. Kalau korang tidak percaya, jom kita tengok satu-satu apa khasiat dan manfaat yang ada di dalam semua produk itu.

Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo

Mengandungi kastor, argan, kemangi (basil) dan lavender, syampu ini boleh mengekalkan ‘kesihatan’ rambut dan kulit kepala, serta mempunyai kelebihan dari segi ketahanan, pertumbuhan semula dan pemulihan rambut.

Selain menggalakkan pertumbuhan rambut, penggunaan syampu ini juga boleh mengurangkan dan mencegah kerosakan rambut. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis rambut termasuk yang sedang dirawat secara kimia dan berwarna.

Sailajah Hair Treatment Serum

Jika inginkan rambut yang sihat dan cantik, ia juga perlu dirawat dengan menggunakan serum dan istimewanya serum dari Sailajah adalah ia mengandungi 14 jenis ekstrak minyak herba yang boleh mengatasi masalah rambut gugur, kerosakan rambut, kerinting yang tidak terkawal, rambut menipis, kelemumur, rambut bercabang dan kulit kepala kering.

Bercakap pasal serum, mungkin masih ramai lagi wanita yang belum tahu cara penggunaannya dengan betul. Untuk pengetahuan korang, serum hanya perlu dipakai pada rambut saja ketika rambut masih basah, elakkan daripada terkena kulit kepala kerana ia akan menyebabkan kelemumur.

Sailajah Hair Tonic

Penggunaan tonik rambut sama penting juga kerana ia boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan menguatkan rambut. Menariknya, tonik Sailajah mengandungi ekstrak ginseng yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.

Jadi, produk ini memang sesuailah digunakan untuk korang yang mempunyai masalah rambut gugur dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan kecantikan serta kelembutan rambut.

Dah ramai yang gunakan produk penjagaan rambut Sailajah ini termasuk Maya Karin, tidak hairanlah jika rambutnya sentiasa kelihatan cantik dan bersinar. Justeru, bagi korang yang inginkan rambut seperti Maya Karin, cepat-cepat dapatkan produk ini!

Di samping itu, Sailajah membuka peluang bagi wanita yang ingin menjana pendapatan sampingan dan meningkatkan kualiti kewangan dengan menjadi dropship atau ejen. Jadi, apa tunggu lagi? Ini merupakan peluang yang baik untuk korang terutama bagi suri rumah, ibu tunggal atau pelajar.

Untuk maklumat lanjut atau ingin melakukan pembelian, layari laman web dan Instagram Sailajah.