Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jasad Dipercayai Adik Khairil Izzani Telah Dijumpai
Pencarian Adik Khairil Izzani, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hanyut dalam longkang berarus deras sejak kelmarin, berakhir apabila mayat dipercayai mangsa ditemukan di Sungai Buloh, hari ini.
Menerusi hantaran Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama di Facebook, mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 1.10 tengah hari.
Difahamkan, jasad mangsa ditemukan kira-kira 10 kilometer melalui jalan darat atau enam kilometer melalui laluan sungai dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Dalam pada itu, mayat mangsa akan dihantar ke Unit Forensik UiTM Puncak Alam untuk tindakan lanjut.