Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
empat sekeluarga dikebumikan
Kredit: Bernama

Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Azizah Najib

Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan

KUALA BERANG, 26 Oktober (Bernama) — Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.

Jenazah Mohd Junaizi Jusoh, 48, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama anaknya Muhammad Fakrul Danish, 20. Manakala isteri Mohd Junaizi, Shazwani Ismail, 39, dikebumikan bersama adiknya Farhana Ismail, 35, dalam satu liang pada 9.38 pagi tadi.

Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu di sini dengan kehadiran lebih 500 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan termasuk dua anak Mohd Junaizi dan Shazwani iaitu Nur Jihan Irdina, 13, dan Nur Anis Zahra Nazihah, 12.

BACA: Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu tiba di Masjid Kampung Payang Kayu di sini dari Hospital Gua Musang, Kelantan kira-kira 7 pagi dan selesai disolatkan pada 8 pagi.

Ibu kepada Shazwani dan Farhana, Hasmah Abu Bakar, 63, berkata dia tidak menyangka tindakan kedua-dua anaknya yang bersungguh-sungguh mengajaknya bercuti ke Cameron Highlands, Pahang menjadi petanda mereka akan pergi meninggalkannya.

“Shazwani nampak sangat teruja dan tidak sabar untuk tiba ke Cameron Highlands sehingga kami semua tidak singgah makan di mana-mana dan hanya makan roti di dalam kereta kerana mahu cepat sampai.

BACA: Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

“Tetapi yang paling pelik ialah Farhana kerana selama ini kalau Kak Ngah dia (Shazwani) kata nak pergi Cameron Highlands, dia marah sebab selalu sangat pergi situ. Tetapi beberapa hari selepas diajak kakaknya, dia pun terus setuju,” katanya kepada pemberita.

Dia berkata rancangan percutian dua hari satu malam itu hanya dirancang oleh Shazwani pada Rabu lepas sebelum mereka sekeluarga bertolak kira-kira 8 pagi semalam dengan menaiki tiga kenderaan termasuk Perodua Myvi dipandu Farhana.

Selain empat sekeluarga itu turut maut pemandu lori G. Mageswara, 53.

BACA: Warga Emas Ditemukan Maut Disyaki Dibunuh

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11 pagi apabila lori dari arah Cameron Highlands menghala ke arah Lojing hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

Nahas itu menyebabkan kereta dinaiki empat mangsa terbabit terhumban ke dalam gaung manakala lori terbalik di jalan raya.

Sumber: Bernama