Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: 38 Kawasan Rekod Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

ipu tidak sihat
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (188), Samarahan (163) dan Kuching (154).

Sementara itu, tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (171), Larkin (168), Tangkak (167), Kota Tinggi (165), Batu Pahat (161), Pengerang (161) dan Kluang (152).

Enam kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (182), Shah Alam (168), Petaling Jaya (160), Klang (160), Banting (157) dan Kuala Selangor (156).

Pahang mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Balok Baru, Kuantan (162), Indera Mahkota, Kuantan (161), Temerloh (156), Jerantut (155) dan Rompin (152).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (168), Seremban (165) dan Port Dickson (151); di Terengganu melibatkan Kemaman (157), Paka (156) dan Kuala Terengganu (154) manakala di Perak melibatkan Tanjung Malim (158), Seri Manjung (154) dan Tasek Ipoh (151).

Dua kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (159) dan Bukit Rambai (156) manakala di Pulau Pinang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balik Pulau (141) dan Minden (118).

Selain itu, turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (171), Batu Muda, Kuala Lumpur (162), Putrajaya (166) dan Sungai Petani, Kedah (117).

Sementara itu, sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Sebanyak 38 kawasan seluruh negara mencatatkan IPU tidak sihat setakat 9 pagi.
  • Sarawak merekodkan bacaan tertinggi, dengan Serian mencatatkan IPU 188, diikuti Samarahan dan Kuching.
  • APIMS turut melaporkan 30 kawasan berada pada tahap sederhana di seluruh negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan