Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Ini Senarai 35 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

35 kawasan catat IPU tidak sihat
Kredit: Bernama

Keadaan jerebu masih menyelubungi beberapa kawasan di negara ini apabila sebanyak 35 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 31 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik.

Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat berdasarkan pemantauan setakat jam 9 pagi.

Berikut senarai 35 kawasan catat IPU tidak sihat:

1. Batu Pahat, Johor (IPU - 190)

2. Johan Setia, Selangor (IPU - 190)

3. Cheras, WP Kuala Lumpur (IPU - 189)

4. Nilai, Negeri Sembilan (IPU - 189)

5. Putrajaya, WP Putrajaya (IPU - 187)

6. Seremban, Negeri Sembilan (IPU - 181)

7. Shah Alam, Selangor (IPU - 180)

8. Batu Muda, WP Kuala Lumpur (IPU - 177)

9. Segamat, Johor (IPU - 177)

10. Petaling Jaya, Selangor (IPU - 176)

11. Banting, Selangor (IPU - 176)

12. Bukit Rambai, Melaka (IPU - 175)

13. Alor Gajah, Melaka (IPU - 174)

14. Bandaraya Melaka, Melaka (IPU - 174)

15. Pasir Gudang, Johor (IPU - 173)

16. Klang, Selangor (IPU - 169)

17. Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU - 169)

18. Tangkak, Johor (IPU - 169)

19. Temerloh, Pahang (IPU - 168)

20. Larkin, Johor (IPU - 167)

21. Pengerang, Johor (IPU - 165)

22. Kota Tinggi, Johor (IPU - 164)

23. Kluang, Johor (IPU - 161)

24. Indera Mahkota, Kuantan, Pahang (IPU - 160)

25. Jerantut, Pahang (IPU - 159)

26. Rompin, Pahang (IPU - 158)

27. Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU - 156)

28. Kemaman, Terengganu (IPU - 156)

29. Paka, Terengganu (IPU - 156)

30. Tawau, Sabah (IPU - 155)

31. Tanjung Malim, Perak (IPU - 154)

32. IPD Serian, Sarawak (IPU - 152)

33. Tasek Ipoh, Perak (IPU - 147)

34. Kuala Terengganu, Terengganu (IPU - 120)

35. Pegoh Ipoh, Perak (IPU - 113)

Intipati
  • Sebanyak 35 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi hari ini.
  • JAS memaklumkan 31 kawasan berada pada tahap sederhana, manakala dua lagi tahap baik.
  • Batu Pahat dan Johan Setia mencatat bacaan tertinggi, masing-masing pada paras IPU 190.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan