Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Serangan Darat "A-10 Warthog" AS Dilapor Terhempas Di Teluk Parsi
Pesawat kedua milik Tentera Udara Amerika Syarikat dilaporkan terhempas di rantau Teluk Parsi pada Jumaat lalu, lapor Agency Anadolu.
The New York Times melaporkan juruterbang pesawat A-10 Warthog itu berjaya diselamatkan.
Difahamkan, pesawat A-10 tersebut terhempas berhampiran Selat Hormuz pada waktu yang hampir sama dengan insiden sebuah jet pejuang F-15E ditembak jatuh di ruang udara Iran.
Sebelum itu, jurucakap White House, Karoline Leavitt memaklumkan kepada CNN bahawa Presiden Donald Trump telah diberi taklimat mengenai sebuah pesawat pejuang AS yang ditembak jatuh di atas Iran, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai F-15E Strike Eagle.
Pentagon dan Komando Pusat Amerika Syarikat tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan media untuk mengulas.
Laporan media yang memetik pegawai AS turut menyatakan salah seorang daripada kru F-15E telah diselamatkan dan sedang menerima rawatan perubatan.
Dalam pada itu, usaha mencari dan menyelamat bagi seorang lagi kru pesawat tersebut, yang statusnya masih belum diketahui sedang dijalankan.
Menurut laporan, pesawat F-15E dikendalikan oleh seorang juruterbang dan seorang pegawai sistem senjata.