Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jetour T1: Cemerlang Meluncur LPT
Semalam Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan model terbaharu mereka iaitu Jetour T1 dengan harga jualan bermula RM129,800.
Jetour T1 datang dengan dua varian iaitu 2.0L XWD dan 1.5L 2WD yang boleh anda pilih ikut keperluan masing-masing.
Semalam juga SK baru sahaja pulang dari Terengganu dengan memandu Jetour T1 varian 2.0L TGDi XWD.

Pendapat SK memandu dalam jarak jauh SUV dengan enjin 2.0L memang satu pengalaman yang seronok.
Jetour T1 dapat menjalankan tugas membelah LPT dengan cemerlang.
Ruang dalam kereta yang luas, ruang but yang besar dan ciri-ciri yang terkini melengkapkan perjalanan jauh bersama Jetour T1 ini.


Salah satu perkara yang SK suka dengan T1 ini, Jetour kekalkan butang fizikal untuk ubah suhu air cond walaupun skrin 12inci dah cukup besar nak muatkan semuanya.
Dari ciri keselamatan pula, Jetour T1 lengkap dengan 6 beg udara dan ADAS tahap 2 yang lengkap.
Ciri-ciri yang lain, Jetour T1 datang dengan power tailgate, Driver Power Seat, Ventilated Seat dan untuk varian 2.0L datang dengan leg rest untuk penumpang depan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Jetour Malaysia dan cuba pandu uji Jetour t1 sekarang di mana-mana bilik pemaran Jetoour seluruh Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan