Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jika PKP Ditamatkan Terlalu Awal, Dikhuatiri Penularan COVID-19 Rancak Kembali- KKM

Kredit: Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan memberi isyarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu mengurangkan penularan COVID-19 di Malaysia. Beliau memetik ucapan dan pesanan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom pada bulan lalu.

“Tindakan agresif seperti PKP dapat memberi peluang kepada sesebuah keluarga untuk mengharungi jangkitan COVID-19,” katanya.

“Tindakan menamatkan perintah ini terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula COVID-19 di sesebuah negara.

“Dikhuatiri kes penularan COVID-19 mungkin akan rancak kembali dalam kalangan masyarakat. Orang ramai akan terus dijangkiti, warga emas dan golongan berisiko tinggi akan terkesan dan kapasiti sistem kesihatan akan semakin tipis untuk melawan gelombang yang mungkin lebih besar daripada apa kita lihat setakat ini,” kata beliau.

Sumber: KKM