Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KOTA KINABALU, 3 Disember 2023 – Apa khabar ‘urang’ Sabah? Sebuah sidang media eksklusif ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ (KOTA KINABALU) yang dibawakan khas oleh penganjur acara terkemuka, Hitman Solutions bersama syarikat RockQueen, bertempat di The Oval, Ground Floor, Imago Shopping Mall, pada jam 1:00 tengahari diadakan bagi menghebahkan konsert yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
Setelah kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober 2023 lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton, ratu rock negara, Ella kini kembali untuk beraksi di hadapan ‘urang’ Sabah terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu.
Digelar konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ KOTA KINABALU, Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari 2024, bermula jam 8:30 malam, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.
Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam lebih bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.
Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Dato’ Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Setelah kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.
“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

Terima kasih khas kepada ERA Sabah dan ERA Sarawak (rakan radio rasmi), Imago Shopping Mall (rakan pusat membeli-belah), Ming Garden Hotel & Residences (rakan hotel rasmi), dan D’Bundle Mania, JeeHarris Corporation & Firm Horizon (rakan kerjasama).”
“Peace. Love. Rindu.
Tiket-tiket sudah pun mula dijual pada 9 November 2023 jam 12:00 tengahari lalu di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania.
Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA EDISI KOTA KINABALU boleh diajukan kepada JoeSaiful 012 204 8142.