Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JKM Mohon Orang Ramai Bantu Kesan Keluarga Dua Kanak-Kanak, Terpisah Sejak Lahir

Gambar: JKM WPKL

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Willayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memuatnaik maklumat dua orang kanak-kanak yang terpisah dengan ibu kandung sejak kecil.

Iklan

Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun dipercayai telah diabaikan ibu kandung sejak bayi.

Berikut merupakan maklumat kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak pertama

Mencari waris:

Nama kanak-kanak: Mohammad Amin bin Abdullah No sijil lahir: 067934 XA Tarikh lahir/Umur: 25.06.2012/7 tahun Alamat: 2-6-1 Pangsapuri Suci, Jalan Sri Jati, 58200 Kuala Lumpur Pelindung: Raja Norul Fazzilla binti Raja Halim

Pengadu memaklumkan beliau telah memelihara kanak-kanak semenjak kanak-kanak dilahirkan pada 25.06.2012.

Bapa biologi kanak-kanak telah menyerahkan kanak-kanak kepada pengadu selepas ibu kandung kanak-kanak melarikan diri daripada hospital selepas melahirkan kanak-kanak.

Ibu kandung gagal dikesan dan sehingga kini tidak dapat dihubungi. Pengadu telah membuat laporan polis berkenaan pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan pada 28.01.2019 di Balai Polis Dang Wangi (No. Report: Dang Wangi/002612/19).

Kanak-kanak merupakan seorang yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, mana-mana waris atau individu yang mempunyai maklumat ibu kandung diminta menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Raja Norul Fazzilla Binti Raja Halim di talian 03-2612 4000.

Hal ini bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Kanak-kanak kedua

Mencari waris:

Nama kanak-kanak: Reena Sri No Sijil Lahir: Tiada sijil lahir Tarikh Lahir/Umur: 01.10.2009/10 tahun Alamat: E-3-04 PPR Kg Baru, Air Panas Off, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53200 Kuala Lumpur. Pelindung: Raja Norul Fazzilla binti Raja Halim

Pihak jabatan ini telah menerima rujukan kes kanak-kanak daripada pengadu iaitu pengasuh kanak-kanak memaklumkan berkenaan pengabaian seorang kanak-kanak perempuan oleh ibu kandung.

Pengadu memaklumkan pada 05.02.2010 beliau telah didatangi oleh seorang perempuan berketurunan India telah menyerahkan kanak-kanak ketika itu anggaran berusia 4 bulan kepada pengadu untuk diasuh.

Setelah 3 bulan di dalam jagaan pengasuh ibu kandung telah meninggalkan kanak-kanak dan sehingga kini tidak dapat dikesan mahupun dihubungi.

Pengasuh memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat pengesahan kelahiran kanak-kanak. Pengasuh juga tidak mempunyai maklumat pengenalan diri ibu kandung.

Kanak-kanak kini berusia 10 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Laporan polis berhubung pengambilan kanak-kanak di dalam penjagaan penjaga telah dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada 04.01.201610 (No. Report: Wangsa Maju/000133/16).

Kanak-kanak merupakan seorang yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(d)Akta Kanak-Kanak 2001. Kes kanak-kanak telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 08.01.2020.

Sehubungan itu, mana-mana waris atau individu yang mempunyai maklumat ibu kandung diminta menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Raja Norul Fazzilla Binti Raja Halim di talian 03-2612 4000.

Hal ini bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Sumber: JKM WPKL