Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPJ Buka Sektor Latihan, Pengujian Pemandu 1 Jun Ini

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semula sektor Latihan dan Pengujian Pemandu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Iklan

JPJ, dalam kenyataan hari ini, berkata pengoperasian institut memandu dan proses melesenkan pemandu oleh JPJ akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan waktu operasinya bermula 8 pagi sehingga 4 petang.

“Perkhidmatan yang dibenarkan adalah merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan kurikulum pendidikan pemandu, perkhidmatan praujian pemanduan, perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) serta perkhidmatan ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian yang diiktiraf JPJ,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, orang ramai diminta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dengan mengamalkan kelaziman baharu mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Sumber: Bernama