Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPM Nafi Ada Perutusan Khas Perdana Menteri Petang Ini

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini.

Menerusi laman Facebook rasmi JPM, jabatan itu memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:

“Tiada perutusan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

“Hentikan menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat”.

Berita palsu tersebut sedang tular di media sosial.

— BERNAMA