Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPN Boleh Datang Ke Rumah Buat IC, Ketahui Apa Itu Mekar Ihsan

mekar ihsan
Kredit: Bernama

JPN Boleh Datang Ke Rumah Buat IC, Ketahui Apa Itu Mekar Ihsan

Umum mengetahui setiap negara pasti mempunyai kad pengenalan diri kerana ia merupakan satu dokumen penting untuk mengesahkan kewarganegaraan individu.

Biasanya, ia mengandungi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, jantina, kewarganegaraan dan alamat tempat tinggal.

Di Malaysia, kad pengenalan ini biasanya digunakan dalam pelbagai urusan harian bermula dari pendaftaran sekolah hingga urusan rasmi.

Namun, walaupun ia menjadi satu dokumen yang penting, proses untuk mendapatkannya mungkin sukar bagi sesetengah individu khususnya golongan warga emas, OKU atau pesakit yang terlantar.

Oleh itu, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menawarkan satu inisiatif khas yang dipanggil Mekar Ihsan.

Apa itu Mekar Ihsan?

Menurut (JPN) melalui laman web mereka, Mekar Ihsan merupakan satu inisiatif yang berada di bawah MEKAR.

Mekar merupakan satu inisiatif prihatin terbaik JPN untuk memberi perkhidmatan terus terutama kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan mereka yang tiada keupayaan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN.

Jadi, pihak JPN akan terus ke rumah mereka yang memerlukan bagi membuat kad pengenalan tersebut.

"Kami di JPN akan ke rumah untuk buat IC kalau anak autisme ada masalah untuk datang ke pejabat untuk urusan IC," kongsi JPN di Threads baru-baru ini.

Kredit: JPN Malaysia

Dalam perkongsian JPN lagi, program ini berperanan untuk memastikan setiap warganegara yang diuji dengan keterbatasan diri tetap mendapat hak dan akses perkhidmatan yang sewajarnya.

Kredit: JPN Malaysia

Jenis perkhidmatan MEKAR

Selain Mekar Ihsan, terdapat beberapa lagi jenis perkhidmatan lain yang berada di bawah MEKAR, antaranya:

  1. Mekar Ihsan - Golongan berisiko seperti warga emas, OKU, pesakit terlantar, pesakit mental, pesakit kronik.

  2. Mekar Komuniti - Program agensi kerajaan, badan berkanun, NGO dan persatuan penduduk setempat.

  3. Mekar Pahlawan - Pendaftaran MYTENTERA, MYPOLIS (PDRM) dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

  4. Mekar Identiti - Individu di pusat tahanan, pusat jagaan orang tua, hospital mental dan individu yang diragui status kewarganegaraannya.

Di samping itu, JPN turut menyediakan bas dan van Mekar. Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini seperti berikut:

  • Gantian kad pengenalan sama ada rosak, hilang atau tukar alamat (perlu sertakan bil utiliti)

  • Permohonan kad pengenalan 12 tahun

  • Pendaftaran sijil kelahiran

  • Pendaftaran sijil kemahiran

  • Cabutan sijil kelahiran

  • Cabutan sijil kematian

  • Pertanyaan dan cetakan maklumat cip MyKad

  • Khidmat nasihat.

Jadi, bagi anda yang memerlukan perkhidmatan ini, permohonan boleh dibuat melalui talian JPN di 03- 8880 8014 atau emel ke [email protected].