Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPNS Siasat Dakwaan Pelajar Hidang Minuman Beralkohol

JPNS
Kredit: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang memuktamadkan siasatan berhubung dakwaan penglibatan pelajar sebuah sekolah di sini dalam penyajian minuman beralkohol pada majlis makan malam persatuan bekas pelajar sekolah itu pada 5 Sept.

Dalam kenyataan hari ini, JPNS menegaskan pelajar sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam aktiviti mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol.

JPNS memaklumkan berdasarkan maklumat awal, majlis itu dianjurkan oleh persatuan bekas pelajar di luar kawasan sekolah, selain pihak sekolah dan persatuan tersebut menafikan dakwaan penglibatan pelajar dalam penyajian minuman beralkohol.

JPNS berkata siasatan terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) turut merangkumi penelitian terhadap pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.

“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau kecuaian dalam pelaksanaan tanggungjawab, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

JPNS menegaskan kebajikan, keselamatan serta maruah pelajar sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya akan memastikan hasil siasatan diteliti secara menyeluruh sebelum tindakan susulan diambil.