Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jumlah Mangsa Terus Meningkat, Terengganu Kembali Dilanda Banjir
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kebanyakan negeri pada pagi ini terus meningkat, dengan Terengganu kembali dilanda bencana itu, manakala hanya Pahang mencatatkan penurunan.
KELANTAN kekal sebagai negeri paling terjejas, dengan mangsa banjir kembali meningkat kepada 9,615 orang daripada 3,643 keluarga pagi ini berbanding 9,337 orang malam tadi selepas empat lagi jajahan, iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang mula dilanda banjir awal pagi ini, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di beberapa sungai utama di Kelantan kekal tinggi dengan beberapa stesen merekodkan bacaan melepasi tahap waspada, amaran dan bahaya setakat 8.30 pagi ini.
Di PERLIS, jumlah mangsa banjir mengalami peningkatan menjadi 6,087 orang setakat pagi ini dengan penambahan tiga lagi PPS berbanding 5,244 mangsa yang berada di 17 PPS malam tadi.
Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, kesemua mangsa banjir melibatkan kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar itu kini ditempatkan di 20 PPS setakat pukul 8 pagi ini.
Sumber: Bernama