Hari ini bersamaan 1 Mac 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah mengsahkan bahawa 4 lagi kes terbaru yang melibatkan warganegara Malaysia positif Covid-19.
Antara 4 kes terbaru itu, kes ke-27 paling mencuri tumpuan apabila seorang jururawat pelatih berusia 20 tahun dan seorang wanita. Beliau dikatakan mengendalikan kes Covid-19 tanpa memakai sebaran peralatan perlindungan diri seperti disarankan
Berikut adalah kenyataan Noor Hisham yang dipetik dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kes ke-27 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 20 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih. Beliau menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kes berkenaan. Pada 21 dan 22 Februari 2020, beliau telah mengendalikan kes terbabit tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (personal protective equipment; PPE) seperti disarankan. Pada 27 Februari 2020, beliau mula mengalami gejala batuk. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.
Sumber: KKM