Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

K Fry Spicy Sweet Seafood Feast: Gabungan Hidangan Laut Pedas & Manisan Memikat

Syamimi
K FRY

K Fry Spicy Sweet Seafood Feast: Gabungan Hidangan Laut Pedas & Manisan Memikat

Peminat makanan laut dan pencinta pedas bakal menikmati pengalaman yang benar-benar memuaskan! K Fry Urban Korean memperkenalkan menu terbaharu edisi terhad, Spicy Sweet Seafood Feast, satu hidangan berinspirasikan Korea yang menggabungkan makanan laut panas berempah, hidangan pedas yang mengenyangkan, serta pencuci mulut manis yang menyegarkan, sesuai untuk dinikmati bersama.

Dinspirasi daripada hidangan popular Korea “Jjukkumi”, yang terkenal dengan rasa tumisan sotong pedas memikat, siri baharu ini menghimpunkan keseimbangan sempurna antara kepedasan Korea yang menyengat dan manisan yang menenangkan.

Daripada hidangan panas berasap hingga ke pencuci mulut berais, rangkaian menu ini menawarkan gabungan rasa pedas dan manis yang pasti membuatkan peminat makanan Korea ingin kembali lagi.

Mengetuai pilihan menu ialah Spicy Jjukkumi Beef Sizzle, bermula daripada RM82.90 (tidak termasuk SST & caj servis), menampilkan sotong, udang, dan hirisan daging lembu shabu-shabu yang dimasak dalam pes cili Korea pedas bersama bawang putih dan kucai.

Bagi pencinta makanan laut yang mahukan pilihan tanpa daging, Spicy Jjukkumi Sizzle, bermula dari RM68.90 (tidak termasuk SST & caj servis), menawarkan kombinasi sotong dan udang dalam sos pedas yang menyelerakan. Dihidangkan panas berdesir, kedua-dua hidangan ini memenuhi meja dengan aroma berasap dan kepedasan yang membuka selera.

Bagi yang mengidam hidangan yang lebih mengenyangkan, Spicy Jjukkumi Tteokbokki bermula daripada RM68.90 (tidak termasuk SST & caj servis) menggabungkan tteokbokki, ramen, dan sotong lembut dalam sos pedas  sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga sehingga 3 orang.

Selepas menikmati kepedasan, tibalah masa untuk pencuci mulut yang menyegarkan. Membawa sentuhan tempatan ke dalam sajian Korea ini ialah Pandan Paradise Bingsoo, berharga RM23.90 (tidak termasuk SST & caj servis), pencuci mulut ais kisar berkrim yang diperkaya dengan santan pandan, sirap gula melaka, cendol, dan sagu yang memberikan rasa pencuci mulut Malaysia yang cukup memuaskan dalam setiap suapan sejuk.

Padankan dengan Bada Lychee Sparkling, berharga RM12.90 (tidak termasuk SST & caj servis), minuman soda lemon biru berkarbonat dengan tambahan buah laici yang menyegarkan untuk pengalaman minuman yang lebih menyeronokkan.

Spicy Sweet Seafood Feast boleh didapati untuk tempoh terhad dari 11 Mei hingga 30 Jun 2026, eksklusif untuk santapan di semua cawangan K Fry di seluruh negara.

Peminat juga boleh menantikan sambutan ulang tahun ke-10 K Fry yang bakal berlangsung pada bulan Jun ini, dengan pelbagai aktiviti menarik di restoran, ganjaran eksklusif, serta kolaborasi istimewa sempena meraikan satu dekad menyajikan makanan Korea halal yang autentik kepada rakyat Malaysia.

Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi dan Instagram K Fry.