Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
KA tumbang
Gambar: Khairul Aming/Threads

KA 'Tumbang' Lepas Layan 7,000 Customers

Hannah

KA 'Tumbang' Lepas Layan 7,000 Customers

Nama Khairul Aming (KA) bukan lagi asing dalam dunia media sosial dan keusahawanan di Malaysia.

Setiap langkahnya sering menjadi perhatian, daripada video masakan ringkas, projek besar-besaran, sehinggalah ke dunia perniagaan.

Namun sebentar tadi, satu perkongsian ringkas KA di Threads mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi keadaan kesihatannya yang membuatkan peminat sedikit risau.

Gambar terbaring dengan drip buat ramai terkejut

Dalam gambar yang dikongsikan, KA dilihat terbaring dengan tangan disambungkan kepada drip, dipercayai sedang menerima rawatan di hospital atau klinik.

Tanpa drama berlebihan, KA menulis kapsyen ringkas dengan gaya santai yang sinonim dengan dirinya.

"Selepas bergambar dengan 7,000 customers. Doctor suruh minum air banyak-banyak. Dehydration. Tapi overall ok je, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air guys," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri posting tersebut dengan doa dan ucapan semangat buat KA.

Ramai juga yang mengingatkan supaya dia tidak terlalu memaksa diri, selain berkongsi tip kesihatan untuk KA kekal kuat melayan kerenah pelanggan merangkap peminat yang bertandang ke Rembayung.

"Badan dah push sampai over limit dah tu, nasib tak collapse. Collapse nanti jadi headlines lagi, jenuh awak nak jawab. Netizen pun, sampai tak sempat minum KA korang serang eh. Bertabahlah..."

"Semoga cepat sembuh, KA! Terima kasih atas segala usaha dan kerja keras sepanjang ini. Berehatlah seketika dan kembali dengan lebih kuat."

"Kesihatan adalah keutamaan. Jangan memaksa diri terlalu kuat. Semoga cepat sembuh."