Kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebanyak satu mata peratusan bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung usahawan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar cukai bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan diturunkan kepada 14 peratus.
Sementara itu, kadar cukai bagi pendapatan bercukai dalam julat RM150,000 hingga RM600,000 akan dikurangkan kepada 16 peratus.
Menurutnya, langkah itu akan memberikan pendapatan tambahan sehingga RM6,000 kepada kira-kira 300,000 PMKS.
PMKS menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi negara dan menyediakan pekerjaan kepada sekitar lapan juta orang, bersamaan separuh daripada tenaga kerja negara.
Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

