Sejak kebelakangan ini, ramai individu yang melanggar arahan kuarantin di rumah. Jelas kelihatan apabila di sosial media, kebanyakannya ‘megah’ memuat naik gambar walaupun wristband masih di pergelangan tangan.
Hal ini telah membuatkan ramai yang gelisah dan takut dijangkiti oleh wabak Covid-19.
Susulan dengan itu, mengadakan satu kaji selidik untuk melihat sama ada pengguna-pengguna Facebook bersetuju atau tidak jika individu yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan lebih tegas.
Jadi, menerusi kaji selidik tersebut mendapati bahawa sebanyak 99% bersetuju jika individu yang melanggar peraturan dikenakan tindakan lebih tegas.

Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 13, 700 ribu undian diterima dengan catatan 99 peratus bersetuju dan hanya 1 peratus tidak bersetuju.
Bagaiamanapun, rata-rata netizen menyokong tindakan PDRM mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini.


Sumber: PDRM