Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kajian Saintis Dapati Perintah Berkurung COVID-19 Berjaya Kurangkan Pencemaran Udara Tahun Ini

Sofea
Gambar Via EarthSky

Sejak pandemik COVID-19 bermula, kedua-dua pemerhatian dari satelit dan darat telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi pencemaran udara.

Dalam satu kajian baru yang menggunakan model komputer untuk menghasilkan Covid-free 2020 sebagai perbandingan, pasukan saintis NASA telah melihat seberapa besar penurunan tahap pencemaran udara disebabkan oleh perubahan aktiviti manusia ketika perintah berkurung.

Menurut EarthSky, para penyelidik mengkaji pelepasan global nitrogen dioksida pencemar udara yang dihasilkan oleh pembakaran bahan bakar fosil dalam industri dan pengangkutan, kedua-duanya dikurangkan dengan ketara semasa perintah berkurung.

Mereka mendapati bahawa sekatan dikuatkuasakan ketika COVID-19 sejak Februari 2020 telah mengurangkan kepekatan nitrogen dioksida global hampir 20%.

Hasilnya dibentangkan di 2020 International Conference for High Performance Computing, Networking, Storage and Analysis yang diadakan secara maya pada November lalu.

Christoph Keller dari Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA iaitu pengarang utama kajian ini berkata bahawa pengurangan pencemaran itu sememangnya ada ‘sumbangan’ yang berdasarkan perilaku manusia.

Sumber: EarthSky