Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kakitangan Tersilap Muat Naik Dokumen – FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa kesilapan membabitkan asal usul tujuh pemain warisan Harimau Malaya berpunca daripada ralat pentadbiran.
Menerusi satu kenyataan, FAM menegaskan bahawa kesilapan itu dilakukan oleh seorang kakitangan yang memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.
Susulan itu, FAM juga sedang menyediakan rayuan rasmi dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh kerajaan Malaysia.
“FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih,” katanya lagi.
Sumber: Facebook FAM