Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Musim durian merupakan musim yang ditunggu-tunggu penggemar durian sehinggakan ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk menikmati raja buah tropika itu.
Namun, ramai juga yang mengeluh dan mempertikaikan harganya yang dikatakan terlalu mahal untuk sekilo durian. Satu akaun di Twitter telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan berat durian yang dibeli dan berat kulit durian setelah diasingkan dengan isinya.

Tweet tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokongnya dan ada yang mengecam pengirim tersebut.Seorang pengguna Twitter, Niimpls meluahkan kekesalannya atas pertikaian yang dibangkitkan pembeli.
“Korang tak pernah hargai petani. Kalaulah korang tahu betapa mahalnya upah, betapa mahalnya baja dan racun, betapa mahalnya penyelenggaraan, korang tak akan merungut kot.
“Barang premium pada harga premium sebab nak jaga dia susah. Bukan tanam harini esok boleh jual.”

Harga durian bergantung kepada gred buah tersebut. Sekiranya tidak mampu membeli gred premium, pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan gred yang lebih murah.





Berdasarkan laporan oleh South China Morning Post, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato’ Haji Salahuddin Bin Ayub berkata eksport durian Malaysia ke negara China dijangka mencecah kira-kira RM 575 juta setiap tahun.


Sumber: Niimpls