Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kami Hanya Menumpangkan Beliau.., Jarak Sekitar 50 Meter,” Neelofa Jawab Isu Dakwaan Empat Orang Dalam Satu Kereta

Gambar: Bernama

Selebriti, Neelofa tampil menjelaskan dakwaan dirinya menaiki kenderaan melebihi had penumpang dibenarkan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan terkini.

Jelasnya, beliau dan suami hanya menumpangkan peguam mereka ketika menghadiri sesi memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka di IPD Seremban hari ini.

“Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter,” katanya.

“Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama.

“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau luar daripada balai polis,” ujar wanita itu.

Dalam rakaman dimuatnaik di media sosial, kelihatan selebriti berkenaan bersama suami, peguam dan pemandu menaiki kereta yang sama.

Sumber: Neelofa, MKN, Bernama