Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sudah menjadi amalan masyarat di Malaysia untuk saling menziarahi terutamanya apabila ahli keluarga, sanak-saudara mahupun sahabat handai berada di hospital. Ia sebagai tanda mengambil berat dan memberikan semangat kepada mereka.
Namun, mungkin ada yang perasan, di semua hospital dan pusat perubahan akan terpampang papan tanda yang melarang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk masuk ke dalam pintu utama atu wad pesakit.
Perkara ini kadang kala menjadi persoalan kepada para ibu bapa tentang sebab utama larangan berkenaan. Malah ada ibu bapa yang langsung tidak mengendahkan arahan tersebut.
Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik untuk menjelaskan situasi ini.

Tahap imunisasi yang rendah memudahkan jangkitan penyakit berjangkit dari pesakit kepada kanak-kanak.
Keselamatan kanak-kanak terhadap alatan perubatan, alatan tajam, seoerti gunting dan alatan lain yang terdedah.
Waktu rehat pesakit terganggu dan melambatkan proses penyembuhan.
Fokus jururawat dan doktor akan terganggu dalam menyempurnakan tugasan mereka dan boleh menyebabkan berlakunya kesilapan.

Ada sebab mengapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun dibawa bersama melawat pesakit di hospital. Justeru itu, kepada ibu bapa, sila patuhi larangan ini untuk kebaikan bersama.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia