Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling

Sofea
kanak-kanak lelaki lemas
Kredit: Astro Awani

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling

ALOR SETAR, 12 Mei (Bernama) — Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di sebatang sungai di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil dekat Baling semalam telah ditemukan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata jasad Muhammad Aqil Fitri Hishamudin dijumpai terapung oleh penduduk kampung.

“Jarak pencarian mangsa telah dilakukan sejauh satu hingga tiga kilometer di kawasan sungai berkenaan.

“Pada 1.31 tengah hari, bomba dimaklumkan mayat mangsa telah ditemukan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada 1.58 tengah hari.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Taman Tema Air