Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-kanak Lima Tahun Dipercayai Jadi Saksi Ibu Mati Dibunuh

kanak-kanak saksi ibu dibunuh
Gambar: AWANI

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai menjadi saksi ibunya mati dibunuh dalam satu tragedi pembunuhan kejam di Bandar Batu Kawah, Kuching pada Ahad, lapor AWANI.

Menurut AWANI, wanita tersebut ditemui mati di bilik sewanya dalam sebuah bangunan di bandar tersebut dengan beberapa kesan tikaman yang dikesan pada anggota badannya.

Lapor AWANI, sumber memaklumkan, kenalan mangsa yang juga seorang pengusaha kedai kopi di premis berhampiran lokasi kejadian menyedari insiden bunuh tersebut.

“Terdahulu, anak mangsa telah berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka dan menemui mangsa yang berlumuran darah.

“Pengusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis,” kata sumber, memetik AWANI.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada pukul 5:30 petang hari kejadian.

“Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.

“Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun,” katanya, memetik AWANI.

Sumber: AWANI