Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebuah kapal perang terbesar yang merupakan kapal pengangkut pesawat milik British, HMS Prince of Wales dilaporkan tersadai sewaktu dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, lapor CNN News.
Difahamkan, kapal milik British berkenaan mengalami masalah teknikal hingga menyebabkan ia berhenti di perairan Selatan England.
Menurut Tentera Laut Diraja, kapal berkenaan bergerak dari Portsmouth, selatan England untuk menjalani latihan di luar pantai timur Amerika Utara pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, kapal itu dilaporkan mengalami kerosakan, maklum seorang jurucakap tentera kepada CNN semalam. Pihaknya kini sedang meneliti punca kerosakkan kapal tersebut.
Difahamkan juga, orang ramai berpeluang melihat kapal tersebut sewaktu festival muzik diadakan oleh Kumpulan British, Sugababes menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Pangkalan Komander Tentera Laut tempatan di Twitter.
Pada awalnya, kapal itu sepatutnya dijadualkan berlepas pada hari Jumaat lalu namun terdapat isu teknikal hingga mengalami kelewatan, jelas agensi berita media PA.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Pemerintah, Kapten Richard Hewitt dalam satu kenyataan, “kru kapal HMS Prince of Wales berlayar merentasi Atlantik sepanjang tahun ini dan menolak sempadan operasi pengangkut UK disebabkan mahu menjalinkan hubungan rapat dengan sekutu kami”.
Untuk makluman, HMS Prince of Wales mempunyai berat 65,000 tan metrik dan salah satu kapal pengangkut pesawat kelas Ratu Elizabeth yang digunakan oleh tentera laut British. Kini ia digunakan sebagai kapal perintah pakatan tentera NATO.
Menurut Tentera Laut Diraja, kapal itu mampu memuatkan 40 helikopter di atas kapal dengan mempunyai trek penerbangan selebar 70 meter dan panjang 280 meter.
Kedua-dua kapal kelas berkenaan terkenal dengan gelaran ‘kapal terbesar dan termaju’ yang pernah dibina oleh Tentera Laut Diraja British.
Kebiasaannya, HMS Queen Elizabeth berlayar merentasi lautan Mediterranean dan Baltik pada musim luruh.
Terdahulu, Tentera Laut Diraja menyifatkan usaha pembuatan kapal itu sebagai mercu tanda dalam membentuk masa depat jet pejuang dan operasi dron di perairan Amerika Utara dan Caribbean.
Sumber: CNN News