Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kapal Rusia Karam Di Laut Barents, Nasib 17 Individu Belum Diketahui

Gambar: AFP

MOSCOW, 28 Dis (Bernama) — Kapal Onega Rusia karam di Laut Barents berdekatan kepulauan Novaya Zemlya dengan 19 orang di dalamnya, dua di antaranya berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik pihak berkuasa pada Isnin.

Menurut siasatan awal, kejadian di utara Rusia itu disebabkan oleh pembentukan ais.

“Anak kapal seramai 19 orang. Dua orang telah diselamatkan,” kata pihak berkuasa Rusia dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Sumber: BERNAMA