Kawan Anak Jemput Ke Rumah, Ibu Ini ‘Lemah Semangat’ Bila Tengok Alamat
Lumrah apabila menjadi ibu bapa, banyak telatah anak-anak yang boleh menguji kesabaran dan memeningkan kepala.
Namun, anak-anak yang sedang membesar juga sebenarnya menjadi penghibur kepada ibu bapa.
Pastinya ramai dalam kalangan ibu bapa yang pernah menghadapi keletah lucu anak-anak terutama ketika mereka sudah mula bersekolah. Bahkan, kadang kala ada momen-momen tidak terjangka berlaku yang membuatkan kita semua tidak kering gusi.
Seperti yang dikongsikan oleh Fatin Halim di Thread, yang memperlihatkan keletah lucu anaknya dan rakan sekolah.
"Mengucap panjang mama"
Menurutnya, anaknya telah dijemput oleh rakan sekolah untuk ke majlis hari jadi. Namun, apabila dia meminta alamat rumah rakan anaknya itu, dia tidak sangka akan menerima lakaran peta.
Kredit: fatinhalim_2103"Semalam anak nombor tiga bagitahu kawan jemput datang rumah dia, ada majlis hari jadi Sabtu ni.
"Kita pun cakap minta kawan alamat rumah dia. Hari ni anak bagi kertas alamat rumah kawan dia.
"Mengucap panjang mama anak oi, ni nak suruh mama jadi Dora The Explorer ke," katanya.
Kredit: fatinhalim_2103Fatin juga berseloroh dengan netizen dan meminta tolong 'pintu' mana yang perlu dilalui.
"Sekolah ada tiga pintu, nak mula ikut pintu A, B atau C ni? Kawan-kawan boleh tunjukkan nak ikut pintu yang mana (nada Dora bercakap)," katanya lagi.
Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai dan ada yang turut berkongsi pengalaman seakan sama.
Anak-anak sekarang pandai menjemput
"Akak bukak maps @ waze lepastu bandingkan dengan peta manual tu"
"Weh teringat kawan aku dulu, aku tanya rumah dia kat mana sebab geng kami nak pergi raya rumah dia. Dia lukis macam ni lah, yang lawaknya kami faham dan elok sampai rumah dia based on map tu"
"Pernah buat birthday anak...jemputan tak ramai.. keluarga dan jiran je..rupanya anak jemput kawan-kawan dia... bila bersalam muka kita terperanjat bila parent tu bagitau anak yang jemput.. tapi kita jemput je semua masuk..tapi memang tak sangka anak-anak sekarang pandai menjemput"
"Zaman aku waktu takde google maps..hahaha. Kita lukis peta sendiri untuk kawa- kawan. Lukis kat mana landmark penting. Especially, waktu raya. Sama sama nak kunjung mengunjung"