Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KDNK Malaysia Diunjur Berkembang 4.2 Hingga 5.2 Peratus Pada 2027 – PM Anwar

KDNK Malaysia
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027.

Beliau berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan asas ekonomi negara yang kekal kukuh meskipun dunia dijangka terus berdepan ketidaktentuan.

Menurut Anwar, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus pada suku kedua tahun ini.

Sementara itu, pertumbuhan ekonomi negara bagi 2026 diunjurkan antara 4.8 hingga 5.3 peratus.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Intipati
  • KDNK Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027.
  • Anwar berkata unjuran itu bersandarkan asas ekonomi negara yang kekal kukuh.
  • Ekonomi negara bagi 2026 pula diunjurkan berkembang antara 4.8 hingga 5.3 peratus.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan