Nikmati matcha premium dengan cara baharu melalui koleksi edisi terhad, pengalaman penuh keajaiban, serta ganjaran eksklusif foodpanda — semuanya hanya dengan satu ketukan di telefon anda.
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2026 — Bulan September ini, foodpanda dan CHAGEE memudahkan lagi rakyat Malaysia untuk memiliki koleksi rasmi CHAGEE | The Little Prince, gandingan yang menyatukan budaya teh CHAGEE dengan semangat abadi salah satu kisah paling disayangi di dunia.
Pesan CHAGEE | The Little Prince Di foodpanda
Sepanjang bulan September, foodpanda akan mengadakan pelbagai promosi menarik untuk koleksi matcha terbaharu CHAGEE. Minuman-minuman terpilih boleh dihantar terus ke depan pintu pelanggan melalui foodpanda, membolehkan rakyat Malaysia di seluruh negara menikmati matcha kegemaran mereka di rumah, bila-bila masa sahaja.
Jenny Tay, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia, berkata, “Kami amat teruja menjadi sebahagian daripada kolaborasi CHAGEE | The Little Prince ini dan membawa koleksi istimewa ini kepada rakyat Malaysia melalui foodpanda. Selain memudahkan akses kepada koleksi ini, kami mahu memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan menerusi promosi eksklusif, ganjaran, dan pelbagai pengalaman menarik. Kami berharap ini membuka lebih banyak ruang buat rakyat Malaysia untuk meneroka dan menikmati koleksi ini dalam kehidupan seharian mereka.”
Steff Yong, Pengarah Operasi Pengguna CHAGEE Malaysia pula berkata, “Di CHAGEE, kami mahu teh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, sesuatu yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa kerumitan. Kerjasama dengan foodpanda adalah satu lagi cara untuk kami membawa matcha kami lebih dekat kepada orang ramai, di mana sahaja mereka berada. Kami gembira dapat memudahkan lagi cara rakyat Malaysia menikmati koleksi ini di rumah.”
Antara minuman matcha CHAGEE yang boleh ditempah di foodpanda:
- Lime Cheese Matcha Latte
- Lime Cheese Matcha Latte with Cap
- Signature Matcha Latte (pilihan Extra Matcha untuk rasa yang lebih kuat)
- Jasmine Matcha Pure Tea

Lebih Banyak Cara untuk Alami Petualangan Kecil Ini Bersama foodpanda
Bukan setakat penghantaran sahaja, foodpanda turut mengadakan rangkaian promosi dan pengalaman istimewa sepanjang bulan September.
Bermula 4 September, pelanggan boleh menikmati Siri Matcha terbaharu CHAGEE bersama pelbagai promosi dan hadiah sepanjang bulan, eksklusif di foodpanda untuk penghantaran mahupun ambil sendiri. Dari 4 hingga 10 September, pelanggan boleh ke aplikasi foodpanda untuk memusingkan roda dan berpeluang memenangi merchandise eksklusif CHAGEE edisi terhad, malah hadiah utama seperti syiling emas dan iPad. Dari 7 hingga 16 September pula, pelanggan layak menikmati diskaun tambahan 10% untuk Bundle The Little Prince, yang boleh digabungkan dengan baucar SYOK untuk tempahan bernilai RM35 ke atas.

Sepanjang September, pelanggan juga boleh menyertai aktiviti interaktif di gerai serta lawatan trak bergerak yang membawa pelbagai ganjaran dan pengalaman secara langsung. Tambahan pula, setiap perbelanjaan RM50 untuk CHAGEE melalui foodpanda dari 4 hingga 30 September akan secara automatik menyertakan pelanggan dalam cabutan bertuah untuk memenangi iPhone. Ikuti Instagram foodpanda Malaysia untuk maklumat terkini mengenai jadual dan aktiviti ini.
Koleksi CHAGEE | The Little Prince kini tersedia untuk tempoh terhad di gerai-gerai CHAGEE terpilih, dengan sebahagian produk turut tersedia melalui foodpanda.
Ketersediaan produk, promosi dan aktiviti kempen mungkin berbeza mengikut lokasi dan tempoh kempen.
