Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebakaran Rumah Anak Yatim Ragut 11 Nyawa

kebakaran rumah anak yatim
Gambar: AFP

Kebakaran Rumah Anak Yatim Ragut 11 Nyawa

Sekurang-kurangnya 11 individu maut manakala 19 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah anak yatim di daerah Mohammadia, pinggir ibu negara Algeria, Algiers, pada Khamis.

Menurut pihak Pertahanan Awam Algeria, operasi memadamkan kebakaran masih diteruskan ketika kenyataan dikeluarkan, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Setakat ini, pihak berkuasa memaklumkan angka korban adalah seramai 11 orang. Namun, identiti serta usia mangsa yang terkorban masih belum didedahkan.

Siaran televisyen kebangsaan Algeria turut menyiarkan rakaman Perdana Menteri, Sifi Ghrieb, melawat mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Algeria kini berdepan gelombang haba yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu.

Sepanjang tempoh seminggu, hampir 1,000 kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di seluruh negara. Hal ini sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap risiko kebakaran ketika cuaca panas melampau.

Sumber:AFP