Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebenaran Rentas Negeri Tidak Ditarik Balik Jika Kes Meningkat – PM

Kredit: Bernama

Kerajaan tidak akan menarik balik kebenaran rentas negeri jika berlaku peningkatan kes, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas mengenai kebenaran merentas negeri hari ini.

Katanya, kerajaan hanya akan melakukan penutupan di lokasi terlibat dengan peningkatan jangkitan COVID-19 sahaja selepas kebenaran rentas negeri ini.

“Apabila pembukaan ini dilaksanakan, maka ianya akan terus dilaksanakan walau mungkin terdapat peningkatan kes. Kita tak akan tutup seluruh Langkawi misalnya bila ada kes meningkat di sebuah hotel di Langkawi. Yang perlu kita lakukan ialah tutup hotel tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, aktiviti di lokasi lain berjalan seperti biasa sekaligus tidak mengganggu aktiviti ekonomi dan aktiviti kehidupan penduduk setempat.

“Saya nak yakinkan bahawa perniagaan, kehidupan perlu diteruskan seperti biasa walaupun kita terpaksa tutup kawasan-kawasan tertentu.

“Kita boleh pastikan ia tidak ditutup kalau kita semua patuh SOP ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Sumber: Bernama TV