Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian ramai peminat baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.
Terbaharu, melalui laman Instagram, Aeril telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya sempena hari pertama mereka memulakan sesi persekolahan.


Namun, apa yang menarik perhatian apabila gambar yang dimuat naik tersebut telah menerima kecaman segelintir netizen.
Mereka menyifatkan Aeril sebagai tidak pandai mendidik anak berdasarkan penampilan anaknya yang dikatakan melanggar peraturan sekolah.
Ujar Aeril, dia hanya memuat naik gambar tersebut untuk disimpan sebagai kenangan dan tidak menyangka perkara sebaliknya pula yang terjadi.






Rata-rata netizen yang tampil memberi sokongan, turut mengecam tindakan individu yang meninggalkan komen sedemikian.




Sumber : @aerilzafrel