Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kecoh Kereta Tiba-tiba Berhenti Tengah Jalan Utama, DBKL Dedah Pemandu Rupanya Alami Anxiety

Pemandu Tiba-tiba Alami Anxiety
Kredit: Facebook DBKL

Kecoh Kereta Berhenti Tengah Jalan Utama, DBKL Maklum Pemandu Tiba-tiba Alami Anxiety

Pemandu yang menggunakan Jalan Kuching di ibu negara pagi tadi dikejutkan dengan satu insiden dimana sebuah kenderaan telah berhenti secara tiba-tiba.

Menurut hantaran Facebook di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), keadaan itu menimbulkan sedikit suasan kecoh dan menyebabkan laluan berkenaan berdepan dengan kesesakkan lalu lintas.

DBKL kemudian mendedahkan bahawa insiden kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba disebabkan pemandunya dikatakan mengalami anxiety.

Kredit: Facebook

Walau bagaimanapun, tindakan pantas yang dilakukan oleh pasukan penyelamat, pegawai trafik serta pasukan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) DBKL, berjaya mengawal situasi tersebut dengan segera.

Difahamkan, pemandu wanita tersebut berjaya ditenangkan serta dibawa keluar dari kenderaannya. Kemudian, kenderaan milik wanita tersebut pula dialihkan ke bahu jalan untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Di akhir hantaran tersebut, DBKL memaklumkan bahawa insiden tersebut adalah satu perkara yang tidak diduga dan mendoakan semua pengguna jalan sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

BACA: 9 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sedang Mengalami Keletihan Mental Yang Perlu Diwaspadai

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via Facebook