Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kecoh, Satu Dewan 'Berbunyi' MySiren Ketika Istiadat Konvokesyen

Dewan
Kredit: Threads & IIUM

Suasana istiadat konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bertukar gamat apabila telefon bimbit para hadirin berbunyi serentak susulan ujian Sistem Amaran MySiren.

Situasi mencuri perhatian itu sempat dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai @ariffinkm68.

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan istiadat konvokesyen ke-42 UIAM sedang berlangsung ketika notifikasi amaran kebangsaan (National Alert) tertera pada skrin telefon bimbit.

Satu Dewan 'Berbunyi'

Menurut individu berkenaan, bunyi amaran itu kedengaran agak kuat di dalam dewan, namun tidak begitu jelas dalam rakaman video yang dikongsikannya.

Sementara itu, dalam perkongsian laman rasmi Facebook UIAM, turut berkongsi momen berkenaan.

Bagaimanapun, latihan amaran berkenaan tidak menganggu istiadat konvokesyen berkenaan.

“Istiadat Konvokesyen IIUM ke-42 berjalan dengan lancar dan tidak terganggu semasa sistem amaran MySiren diuji sepanjang majlis.”


Sumber:Threads
Intipati
  • Telefon hadirin konvokesyen UIAM berbunyi serentak susulan ujian Sistem Amaran MySiren.
  • Rakaman dikongsikan pengguna Threads menunjukkan notifikasi National Alert muncul pada skrin telefon.
  • UIAM memaklumkan istiadat konvokesyen ke-42 berjalan lancar dan tidak terganggu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan